Pengenalan Kursus
Kursus Latihan Tenaga Pengajar atau lebih dikenali sebagai Train the Trainer (TTT) merupakan kursus wajib bagi individu yang ingin menjadi tenaga pengajar di bawah sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Kursus ini adalah berdasarkan Standard Kompetensi Kebangsaan (NCS) dan dikendalikan mengikut format serta garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Peserta yang berjaya menamatkan kursus akan menerima Sijil TTT yang melayakkan mereka memohon pentauliahan sebagai Pengajar, Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan lain-lain peranan dalam sistem TVET negara. Kursus ini menekankan aspek pengajaran berkesan, reka bentuk latihan, serta teknik penyampaian profesional yang diperlukan dalam penyampaian latihan kemahiran.
Berikut adalah Perakuan Pentauliahan dari Jabatan pembangunan kemahiran (JPK)

Berikut pula adalah pekeliling dari HRDC yang memperakui bahawa pemegang Sijil NCS-LATIHAN TENAGA PENGAJAR (TTT) dari JPK ini layak memohon Exemption dari HRDC

Mereka yang patut hadir Kursus TTT (Latihan
Tenaga Pengajar – Pentauliahan JPK):
Individu yang ingin menjadi tenaga pengajar
TVET
Di institusi latihan kemahiran awam atau swasta.
Pemohon Pentauliahan JPK
Sebagai Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman
(PPD) atau Pengajar di Pusat Bertauliah.
Tenaga pengajar industri
Yang ingin mengajar atau melatih mengikut sistem SLDN (Sistem
Latihan Dual Nasional) atau program berasaskan NOSS.
Graduan TVET/SKM/DKM/DLKM
Yang berminat
menceburi bidang latihan dan pengajaran.
Pengusaha pusat latihan kemahiran
Yang ingin memenuhi syarat pentauliahan personel oleh JPK.
Individu yang berminat
menyumbang kepada pembangunan tenaga mahir negara
Melalui bidang latihan kemahiran formal.
Yuran Pendaftaran : RM500
Yuran Kursus : RM1,700
Maksimum Pembiayaan PTPK (Pinjaman) : RM2,700
Elaun PTPK : RM1,000
Pertanyaan?? Sila hubungi kami di talian
011-65576763 / 010-8381245 / 03-78314037